Bismillah...Kita dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta..Ini sebagai bukti kasih sayang Allah kepada setiap hambanya. Jika bukan dripada keluarga Islam sdah tentu berat perjuangan dan byk halangan untuk bertauhid dan beribadat pd Allah. Kita perlu bersyukur di jadikan sbg Muslim dan manusia yang begitu sempurna di bandingkan dengan makhluk yang lain. Di samping patut bersyukur atas pemberian anugerah terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat Iman Dan Islam. Faktanya x semua manusia lahir sebagai umat Islam dan tidak semua manusia beriman..Keislaman dan keimana mnjdi modal demi mencapai kehidupan yg lebih baik di dunia & akhirat..
-Renungan Bersama-
"Ingatlah keimanan dan keislaman itu bagaikan tanaman. Apabila di pelihara dgn baik, tanaman tumbuh dgn baik. Sebaliknya apabila di biarkan, tanaman layu dan kelamaan akan mati"...
Jom Mengira
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk beramal dan bertaubat padaNya.
Sesungguhnya sekali kita meminta taubat pada Allah, 10 kali Allah menerimanya, sesungguhnya selangkah kita dekat pada Allah, 10 langkah Allah dekat pada kita, masya Allah.
Sahabat sekalian, kalau kita ada duit, pasti kita tahu berapa jumlahnya. Kalau orang berhutang dengan kita, pasti kita tahu berapa nilainya sehingga kekurangan sedikitpun akan dapat kita kesan dan bangkitkan.
Tetapi pernahkah kita mengira akan pahala dan gandaan Allah SWT apabila kita melaksanakan solat?
Cuba antum kira, dalam sehari ada 5 kali solat wajib, sekali solat berjemaah 27 kali ganda pahalanya, kalau 5 kali kita solat berjemaah, berapa nilainya?
Kira lagi sahabat sekalian, kalau sehari kita hanya solat sendiri dalam 5 waktu itu, berapakah nilainya? berapakah bezanya nilai solat berjemaah 5 kali sehari semalam berbanding solat sendiri 5 kali sehari semalam?
Sahabat sekalian, cuba pula kira, kalau dari usia baligh sehingga kita mati lebih kurang dlm tempoh 30 tahun (andaian sahaja) berapakah nilai solat kita kalau berjemaah dan kalau kita hanya solat sendiri sahaja?
Ingat kembali sabda Rasulullah saw, kalau kamu tahu apa yg aku tahu tntg solat berjemaah, nescaya kamu akan merangkak sekalipun utk mengerjakannya.
wallahua'lam
KurniaanNya Amat Luas
Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang.Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.
''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya.
Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Makkah dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. -Riwayat Muslim.
"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata".
(surah As-syura ayat 27)
Mencintai Rasulullah saw
WALAUPUN bulan Rabiulawal sudah berlalu, sambutan Maulidur Rasul masih dianjurkan di merata tempat dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan kecintaan terhadap junjungan besar baginda Rasulullah SAW, penutup segala nabi dan imam para anbiya a.s.Di Johor sambutannya terus meriah dengan penuh kesyukuran yang antaranya dianjurkan oleh Surau Nurul Falah Taman Setia Indah, Johor Bahru baru-baru ini.
Acara kemuncaknya adalah ceramah perdana oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot.
"Kalau semua orang Islam benar-benar cintakan Rasulullah SAW maka nescaya penuh melimpahlah surau ini dengan jemaah," kata Nooh.
Beliau sebelum itu membaca firman Allah yang bermaksud: Katakan (Wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah SWT maka ikutikan aku. Nescaya Allah SWT mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT Maha Pengampun Maha Mengasihi. (ali-'Imran: 31)
Tegas Nooh, tanda orang yang benar-benar kasih dan cinta kepada Rasulullah adalah mengikuti baginda iaitu mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah berdasarkan al-Quran dan sunnah.
Kasih sayang dan cinta terhadap Rasulullah SAW telah ditunjukkan oleh para sahabat baginda dalam pelbagai peristiwa dan jika kita benar-benar mengasihi baginda, maka dosa-dosa kita diampunkan Allah.
Justeru, Nooh mengajak jemaah mengambil pengajaran terhadap kisah-kisah para sahabat termasuk kisah seorang sahabat mencari peluang dengan memberi helah untuk mencium satu bahagian badan Nabi Muhammad SAW.
Sememangnya para sahabat adalah mereka yang sepatutnya kita contohi dalam menunjukkan tauladan mencintai Rasulullah.
Ketika memberi tazkirah yang cukup bermakna dan bertenaga, Nooh menegur masyarakat Islam pada waktu ini yang perlakuannya jauh daripada tanda-tanda mencintai Allah dan rasul-Nya.
"Islam suruh umatnya bersatu padu tapi hari ini kita tengok sesama orang Islam pun bergaduh atas sebab politik atau sebagainya.
"Suami isteri bergaduh, pemuda di mana? Adakah mereka di masjid atau di tempat lain yang mendapat rahmat Allah?
"Perempuan Islam pakai baju terbuka sana sini tak menutup aurat," tegasnya menegur.
Nooh menyeru umat Islam hari ini perlu kembali menghayati kefahaman Islam dengan mengamalkan ajarannya dengan bersungguh-sungguh dan dengan cara itu ummah akan berjaya di dunia dan akhirat.
Sebagaimana cinta tadi, ia melibatkan hati dan perasaan, begitu juga dalam mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah ia melibatkan perasaan yang bersungguh-sungguh.
Itulah tanda orang bercinta iaitu perilakunya tidak bertentangan dengan perbuatan orang yang dicintai. Tidak bertentangan dengan apa yang dilakukan Rasulullah SAW.
Berbicara mengenai cinta terhadap Rasulullah menggunakan kerangka yang dinyatakan oleh Nooh iaitu mencontohi kecintaan yang ditunjukkan oleh para sahabat maka teringat pula satu peristiwa apabila seorang telah bertanya kepada Saidina Ali Abi Talib r.a:
"Setakat mana kasih sayang tuan kepada Rasulullah?"
Saidina Ali r.a dengan tegas menjawab: "Kami mengasihi Baginda SAW lebih daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami dan lebih daripada air sejuk ketika tersangat dahaga".
Benarlah kata-kata beliau sebagaimana yang dinyatakan dalam surah at-Taubah: 24 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad SAW), jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasul-Nya maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya). Kerana Allah SWT tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasiq (derhaka).
Dalam ayat ini terdapat amaran terhadap mereka yang mencintai segala sesuatu yang lain lebih daripada Allah SWT dan rasul-Nya.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayat kepada seluruh umat untuk mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar-benarnya.
Puisi Dakwah...
Katakanlah:‘ inilah jalanku,aku mengajak kalian kepada Allah dengan
bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku,Mahasuci Allah!dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik
Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan..Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya,Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,hati dan jiwa adalah rumahnya.
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Nikmati perjalanannya,berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamuItu lebih baik dari dunia dan segala isinya…
Pergilah ke hati-hati manusia, ajaklah ke jalan Rabbmu Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,Mengerti tentang Islam, Risalah anbiya dan warisan ulama..Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya...Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,
“Sesungguhnya shalatku, Ibadahku,hidupku,dan matiku semata bagi Rabb semesta".” Berikan hatimu untuk Dia,katakan “Allah Ghayatuna”
Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu beradaYang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,al ishlah wa taghyir....Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihadSungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan Buah dari sabar meniti jalan,teguh dalam barisan Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan Berjalan lempang jauh dari penyimpangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuanPadukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya… Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,utamanya mukmin mujahidin Lapang dada merupakan syarat terendahnya,itsar bentuk tertingginya Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya Berjumpa karena taat kepadaNya Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah Saling berjanji untuk menolong syariatNya
Suatu inspirasi dari Arkanul Bai`ah
Katakanlah,“Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku
– maha suci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”.
Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !!
Jalan dakwah panjang
terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia ,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya ,
Syurga dan Redha Allah
Cinta adalah sumbernya ,
hati dan jiwa adalah rumahnya
Pergilah ke hati-hati manusia
ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya , berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…
Ikhwah wal Akhawat,
Para Junudud Dakwah !!
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya,
“Sesungguhnya sholatku ibadahku, hidupku dan matiku
semata bagi Rabb semesta” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”
Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda
Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya Dan Allah yang mengetahui
menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
saling berjanji untuk menolong syariat-Nya



