INILAH HADIAH2 YANG PALING TERINDAH DAN BERMAKNA DALAM HIDUPKU


Pada tahun 2011, aku telah menerima satu hadiah yang paling terindah dan bermakna sepanjang hidup aku 20 tahun di dunia ini. Masa ni, aku masih lagi belajar di sebuah kolej. Sebelum pengajian aku tamat, aku dapat berita yang aku dapat menunaikan umrah dengan parents dan atuk aku, jadi tetamu Allah tu!! Semenjak dari khabar ni la, aku mula mendapat satu hadiah paling best kerana ianya daripada Allah swt. J
Permulaan aku mengenali erti Kemanisan Iman
Ibu aku pernah pergi umrah sebelum ni, jadi ibu aku cakap kita kena la ambil peluang untuk solat berjemaah pada setiap waktu solat bila kat Mekah nanti, bukan nya selalu kita pergi rumah Allah ni, lagi la dalam hadith, solat di Mekah mendapat 100.000 kali ganda woo!!. So, disebabkan ingin membiasakan diri untuk selalu solat berjemaah di Mekah nanti (dengan harapan, supaya alah bisa tegal biasa sebab ibu aku cakap kita lama duduk kat Mekah), aku memulakan dengan solat berjemaah di kolej ini, aku tak ingat waktu solat bila aku mula Jemaah di surau kolej, tapi yang pasti aku cuba untuk tidak miss solat Subuh Jemaah di surau. Aku akan set jam untuk bangun sebelum azan Subuh supaya dapat bersiap untuk pergi, sampai dan sempat untuk solat sunat sebelum iqamat. Memang satu keajaiban bagi diri aku, sebab aku memang la sangat susah nak bangun pagi apalagi Subuh. Tapi, aku lawan jugak. Pagi2, lebih kurang pukul 5, aku mandi sejuk2, bersiap terus pergi surau.
Memang terasa tersangat2 tenang dan seronok dalam hati ni. Surau kolej dengan hostel aku jauh sikit, so aku kena la jalan kaki dan lalu rumput2 serta dikelilingi pokok2. Hampir setiap hari aku buat macam ni termasuk la weekend. Rasa kesihatan diri tu memang baik la sebab dapat hirup oksigen bersih daripada pokok2 sekeliling, sebelum ada kenderaan yang mengeluarkan karbon dioksida yang mencemarkan, berjalan kaki pulak tu, memang lancar la pengaliran darah aku. Kalau ikut sains pun, memang baik untuk kesihatan kalau pagi2 da bersenam kan.
Di surau pulak, aku berjumpa dengan orang2 yang selalu ikut berjemaah ni. Ada yang dah datang lebih awal dari aku, datang pukul 3 pun ada, memang respect la dengan diaorang ni, lagipun diaorang datang sebab nak  dirikan solat2 sunat, amalan2 sunat, belajar pun jugak. Masa mula2 ikut solat berjemaah ni, aku la budak yang paling diam dan menyendiri sebab segan dengan diaorang ni (lagi2 diaorang bertudung labuh). Aku hanya mampu senyum dan bagi salam je. Diaorang yang mula tegur aku dulu, lepas sorang, sorang lagi tegur. Sememangnya aku rasa terharu, disebabkan ini jugak la aku jadi lagi bersemangat nak datang berjemaah kat surau ni, sebab rasa seperti pengorbanan aku bangun pagi ni dihargai, sampailah Waktu2 lain pun, aku cuba untuk ikut berjemaah. Tak tau sebab apa, tapi aku memang rasa seronok sangat solat Jemaah ni. Sampai rasa kalau termiss satu solat Jemaah Subuh, aku rasa macam tak kena satu hari tu. Sepanjang penghijrahan aku ni, aku belajar macam2 dan lebih dalam lagi pasal Islam termasuk la sunnah2 Rasulullah. Aku mula kenal dengan TARBIYAH, USRAH, MUTABAAH dan seumpamanya. Memang bertimpa2 ilmu yang aku dapat semenjak aku berjinak dengan surau ni. Kadang2 tu aku berfikir mungkin ini kemanisan iman yang dirasai oleh orang2 yang selalu menjejakkan kaki diaorang ke rumah Allah ni. Aku rasa sangat bersyukur pada Allah (menangis gembira)---ALHAMDULILLAH
Permulaan aku memakai tudung labuh (bidang 50 shj setakat ini)
Oleh sebab aku dah biasa datang surau ni, aku mula jumpa, berkenalan dan berkawan dengan kawan2 yang selalu pergi surau, aku juga selalu baca info yang ajk surau letak kat surau (yang bestnya diaorang lekat kat dinding, so senang aku nak membaca tanpa tercari2 kan) pasal aurat, ikhtilat dan yang berkaitan. Dalam banyak2 info tu, aku selalu terbaca pasal aurat perempuan. Lepas aku dok baca2 tu, aku mula terfikir tentang cara pemakaian aku. Cara pemakaian aku dulu, aku suka pakai tudung hitam bawal (yang zaman sekarang punya, memanglah tersangat jarang sampai boleh nampak rambut, telinga, tengkuk dan leher) apa lagi kalau yang warna putih tu, kalau stokin lagi la aku tak pakai langsung pun. Satu lagi, sebab kat kolej ni baju kurung adalah wajib dipakai setiap kali ke kuliah, baju kurung kan, kalau kita angkat tangan mestilah jatuh kat bahagian tangan tu sikit (kadang2 yang kain lembut tu, jatuh sampai ke lengan2 ni), so ternampak la aurat tangan aku. Dalam hadith Rasulullah, aurat wanita adalah semua anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan, so aku fikir la, cara pemakaian aku ni memang tak menepati sunah Rasulullah dan berfikir lagi, sampai bila aku nak berpakaian macam ni? So, aku try la cari tudung bawal yang tak jarang, tapi susah nak jumpa.. Aku try tanya jugak kat kawan2 aku yang bertudung labuh ni, mana nak cari tudung tak jarang. So, diaorang suggestkan aku, tudung yang bidang 50 tu. Aku pun cakap la, takkan la aku nak pakai tudung labuh, tak kena langsung dengan aku. Tapi, diaorang bagi semangat dan nasihat untuk aku, tak semestinya bila cara pemakaian kita berubah, kita berubah 360 darjah terus kan, so take time.  Entah macamana aku terbuka hati nak pakai tudung yang labuh (bidang 50 tu), sebabnya tudung yang labuh ni tak jarang langsung. Tapi, bila difikirkan balik, takkan la aku nak pakai tudung labuh secara drastik. Selepas beberapa hari aku berfikir dan berfikir lagi, setiap kali lepas solat, aku mintak tolong pada Allah tunjukkan jalan. Akhirnya aku buat keputusan untuk pakai tudung yang lebih labuh dari yang aku selalu pakai, aku beli la satu tudung hitam bidang 50.
Masa aku mula2 pakai, memang agak kekok (aku sendiri yang merasainya) dan semestinya aku asyik fikir je apa orang akan cakap pasal cara pemakaian aku yang baru, tapi aku ni bukan orang famouskat kolej tu, so orang tak perasan sgt tentang perubahan aku, dan roommate aku pun tak cakap apa2 tapi boleh nampak la diaorang perasan tentang perubahan aku ni. Lama-kelamaan, aku dah biasa pakai tudung labuh ni, baju yang longgar, sarung lengan dan paling mengejutkan aku, kalau keluar, aku mesti nak pakai stokin kalau tak pakai semua2 ni, rasa macam kekok, pelik gila. Mungkin ini kemanisan iman yang pernah dirasai oleh teman2 aku yang pernah ditarbiyah. Yang penting, kena selalu bersyukurALHAMDULILLAH
Inilah hadiah yang aku rasa indah, sebabnya aku selalu tengok orang yang tudung labuh ni, solat berjemaah, usrah sana sini, apa la perasaan diaorang. Tak lama lepas tu, Allah telah menjawab persoalan aku dengan memberi aku hidayah yang paling istimewa. Aku faham dan rasa apa yang bestnya semua perkara bermanfaat dan berpahala ni! Tapi hadiah yang paling2, paliiiing istimewa ialah menjadi tetamu Allah. Ya!! Aku sangat bersyukur dengan hidayah yang Allah hadiahkan kepada aku. Aku cuba untuk menjadi muslimah sejati dan Insha-Allah aku akan selalu menambah ilmu dunia dan akhirat hingga malaikat maut menjemput aku.